Berhibur dan beramah mesra dengan pelawak kesayangan anda, iaitu Jep Sepahtu, Rahim dan Pak Ya dalam Sepahtu Reunion Live Tour. Mereka bakal mendekati anda dengan menjelajah ke negeri Johor, Terengganu dan Kedah. Selain kumpulan Sepahtu, turut menghiburkan anda dalam sketsa komedi secara langsung ini adalah artis jemputan yang popular seperti Erra Fazira, Uqasha Senrose, Datin Fouziah Gous, Afifah Nasir dan ramai lagi. Serta nantikan siapakah “cameo” yang bakal membuat kejutan di penghujung rancangan. Dapatkan tiket anda segera dan jom bergelak tawa bersama keluarga tersayang!