Penang Goes Orange 2015

Penang Goes Orange 2015

Dates: November 6 – December 10, 2015

 

Forum Isu Wanita Muslim

Tarikh : 6hb Nov 2015 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi – 5 petang (Pendaftaran dari 8.00-8.30 pagi)
Tempat : Dewan Sri Pinang, George Town

Perasmian Kempen Penang Goes Orange 2015

Tarikh : 14hb Nov 2015 (Sabtu)
Masa : 4:30 – 7:30pm
Tempat: Penang on 6@Gurney Paragon Mall

Akta Keganasan Ruman Tangga: Isu, Hak dan Realiti

Dari Januari hingga April 2015 sahaja, sebanyak 1,664 kes keganasan rumah tangga dilaporkan di Malaysia, di mana 1,236 kes tersebut melibatkan wanita. Di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 yang dipinda pada 2012, keganasan rumah tangga merangkumi penderaan fizikal, seksual, psikologi serta emosi. Secara teori, Akta ini memberi perlindungan dan pembelaan kepada mangsa. Namun, ramai yang tidak tahu hak mereka, di mana dan bagaimana untuk melaporkan kes keganasan rumah tangga, dan bagaimana untuk mendapat bantuan dari pihak kerajaan serta NGO. Malah, ada yang mengadu bahawa sistem sokongan dan perundangan yang sedia ada masih tidak cukup membantu.

Apakah situasi yang sebenar? Apakah peruntukan Akta Keganasan Rumah Tangga, dan mekanisme yang sedia ada? Apakah realiti dan pengalaman mangsa keganasan rumah tangga? Apakah penambahbaikan yang boleh dibuat? Isu-isu ini akan dibincangkan oleh panel forum ini, di mana panelis termasuk pakar perundangan, wakil badan kerajaan, serta wakil NGO wanita. Semua dijemput hadir.

Tarikh : 25hb Nov 2015 (Rabu)
Masa : 2:30pm – 5:00pm
Tempat : Auditorium A, Tingkat 5 KOMTAR Pulau Pinang

George Town Literary Festival: VOICES – “Woman is I”

Venue: Black Kettle, Lebuh Pantai
Dates & Times: Friday, November 27, 2015 at 3:00pm – 6:00pm

Leave a Reply