Pemeriksaan Kesihatan Percuma 14 May 2017

Pemeriksaan Kesihatan Percuma 14 May 2017

free health check 14May2017

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Pusat Khidmat Masyarakat KADUN Machang Bubuk dan JKKK Alma Bukit Minyak akan menganjurkan program Bergerak Medic di Masjid Tok Lebai Hashim pada 14/5, Hari Ahad.

Penduduk kampung akan mendapat khidmat permeriksaan kesihatan dengan percuma.

Doktor dan pasukan medic dari Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang dan Klinik Permai akan hadir memberikan perkhidmatan secara percuma kepada peserta yang hadir.

Pada masa yang sama, JKKK Alma Bukit Minyak juga akan menyediakan kaunter daftar pengundi baru, kaunter i-sejahtera juga disediakan untuk mendaftarkan sesiapa yang layak menerima bantuan.

Pengerusi JKKK Major Mustafa menyeru semua penduduk sekitar menyertai program yang amat bermakna ini supaya tahap kesihatan penduduk dapat dipertingkatkan.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Major Mustafa 019-3398119, atau Bernard Cheen 012-4020923.

Leave a Reply