KERJA-KERJA PAIP SEMALAMAN DI BUTTERWORTH: GANGGUAN BEKALAN 12-JAM

KERJA-KERJA PAIP SEMALAMAN DI BUTTERWORTH: GANGGUAN BEKALAN 12-JAM

KERJA-KERJA PAIP SEMALAMAN DI BUTTERWORTH 31Mar-1Apr 2017PULAU PINANG, Khamis (23/3/2017): Kerja semalaman akan dijalankan untuk memasang injap pengurang tekanan (PRV) pada saluran paip 600mm di Jalan Raja Uda pada 31/3/2017 dan 1/4/2017.

Kerja-kerja pemasangan memerlukan penutupan sementara sebahagian daripada saluran paip 600mm yang membekalkan air bersih ke 12 kawasan perumahan di Butterworth.

Penutupan saluran paip ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual 12 jam, dari jam 9.00 malam pada 31/3/2017 hingga 9.00 pagi 1/4/2017.

Kira-kira 17,500 pengguna air di Butterworth akan terjejas dengan gangguan bekalan berjadual ini.

KERJA-KERJA PAIP SEMALAMAN DI BUTTERWORTH: GANGGUAN BEKALAN 12-JAM DI 12 KAWASAN

Penduduk yang terlibat di kawasan-kawasan berikut dinasihatkan untuk menyimpan air yang mencukupi untuk kegunaan semalaman (12 jam):

1. Apartment Taman Bulan,
2. Taman Ara,
3. Taman Teratai,
4. Taman Kiambang,
5. Taman Sena,
6. Taman Bunga Raya Merah,
7. Taman Teras Jaya,
8. Taman Segemal,
9. Taman Baiduri,
10. Taman Teratai Indah,
11. Taman Saga, dan
12. Taman Dedap.

FUNGSI DAN MANFAAT PRV

Kajian PBAPP menunjukkan paip pecah dan kebocoran bawah tanah cenderung untuk berlaku dalam rangkaian saluran paip Butterworth sedia ada setiap kali Loji Rawatan Air Sungai Dua (LRA Sg Dua) mengepam air terawat pada tekanan yang lebih tinggi untuk sampai ke Pulau Pinang melalui dua set saluran paip dasar laut berkembar.

PRV akan mengendalikan secara automatik atau mengawal tekanan air melalui saluran paip Jalan Raja Uda 600mm sedia ada, dengan itu ‘melindungi’ saluran paip air yang bersambungan ke kawasan berdekatan dari tekanan tinggi.

Dengan adanya perlindungan PRV, LRA Sungai Dua kemudiannya boleh mengepam air ‘dengan selamat’ pada tekanan yang lebih tinggi menerusi saluran paip tekanan tinggi ke Pulau Pinang, tanpa menimbulkan masalah paip pecah atau kebocoran di kawasan perumahan utama Butterworth.

KERJA-KERJA PAIP SEMALAMAN DI BUTTERWORTH: GANGGUAN BEKALAN 12-JAM DI 12 KAWASAN

Berikut adalah 5 manfaat utama pemasangan PRV:

1. Mencegah/mengurangkan paip pecah dan kebocoran bawah tanah yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual dan kesulitan yang tidak sepatutnya kepada semua pengguna air di Butterworth.

2. Mengepam air terawat pada tekanan yang lebih tinggi yang lebih selamat dari LRA Sg Dua ke Pulau Pinang pada masa hadapan, terutama pada musim kemarau apabila permintaan air meningkat.

3. Pengurangan kos pembaikan kecemasan untuk menangani paip pecah dan kebocoran bawah tanah di kawasan perumahan di Butterworth pada masa hadapan.

4. Meminimumkan masa henti bekalan air yang berkaitan dengan
pembaikan kecemasan di Butterworth, pada masa hadapan.

5. Menambah baik Air Tanpa Hasil (NRW), atau pengurusan kerugian air.

Kerja-kerja penyambungan PRV dijadualkan pada malam hari untuk meminimumkan kesulitan kepada pengguna-pengguna yang terjejas.

PBAPP memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul. Sila ambil perhatian bahawa pemasangan PRV akan memastikan perkhidmatan bekalan air yang lebih baik di Butterworth, dan juga di Pulau Pinang, pada masa hadapan. Ia akan memberi manfaat kepada pengguna air dalam jangka panjang.

Sila simpan air yang mencukupi untuk kegunaan selama 12 jam bermula 9.00 malam Jumaat, 31/3/2017 hingga 9.00 pagi Sabtu, 1/4/2017.

Terima kasih.

Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa,
Ketua Pegawai Eksekutif,
PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP)

(KENYATAAN MEDIA PBAPP)

Leave a Reply