Kempen Anda Sihat Masyarakat Sihat (ASMS) 2017

Kempen Anda Sihat Masyarakat Sihat (ASMS) 2017

Kempen Anda Sihat Masyarakat Sihat (ASMS) 2017

Timbalan Ketua Menteri 1, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon mengajak orang ramai untuk mendaftarkan diri bagi menyertai saringan kesihatan melalui Kempen Anda Sihat Masyarakat Sihat (ASMS).

Jelasnya, melalui Kempen ASMS, 100 individu pertama yang layak akan menjalani saringan kesihatan pada harga subsidi RM30.

“Mereka yang layak hanya perlu membayar RM30 bagi ujian saringan kesihatan seperti ujian glukosa darah, ujian kolestrol, ujian asid urik, ujian tekanan darah, ujian mata dan rundingan nutrisi bersama-sama pakar nutrisi.

“Harga tersebut adalah harga selepas subsidi oleh Kerajaan Negeri yang diberikan kepada 100 orang pertama yang layak dan berjaya mendapatkan baucar saringan kesihatan,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak.

Difahamkan, Kempen ASMS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dengan kerjasama Terapi Intergratif Pulau Pinang (TIPP) dalam membantu masyarakat mengenal pasti penyakit pada peringkat awal.

Ujian saringan kesihatan akan diadakan pada 26 Ogos nanti di Klinik 24 Jam, Bayan Baru bermula dari 8:30 pagi sehingga 2:00 petang.

Orang ramai yang ingin menyertainya dengan bayaran RM30 boleh menghubungi talian tersebut 016-556 4505 (Dr. Prasad) atau 019-518 5145 (Akmal).

Leave a Reply