Karnival Santai Rakyat dan Masyarakat Etnik daerah Timur Laut 2017

Karnival Santai Rakyat dan Masyarakat Etnik daerah Timur Laut 2017

Karnival Santai Rakyat Timur Laut & masyarakat etnik 2017

Pejabat Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon, di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Perhubungan Masyarakat akan menganjurkan Karnival Santai Rakyat dan Masyarakat Etnik bagi daerah Timur Laut pada 1 April ini bertempat di Persiaran Karpal Singh, Sungai Pinang..

Pelbagai aktiviti menrarik dirangka seperti pertandingan Foosball, Dam, melukis potret, mewarna, bola sepak jalanan (street soccer), pertandingan kugiran serta penampilan istimewa kumpulan lagenda Cross Town sebagai artis undangan.

Karnival yang berlangsung dari 8:00 pagi hingga 12:00 tengah malam itu juga akan menampilkan persembahan masyarakat etnik iaitu Melayu, Cina, India, Sikh, Rawa, Siam, Baba, Nyonya, Liga Pakistan, India Muslim dan Jawi Peranakan pada sebelah malam.

Mohd. Rashid berkata, objektif penganjuran program ini adalah untuk menjadi satu simbol lambang perpaduan pelbagai kumpulan etnik, menonjolkan keunikan etnik selain meningkatkan pengetahun tentang asal-usul serta jati diri setiap kumpulan etnik.

Mohd. Rashid amat berbesar hati menjemput orang ramai hadir dalam memeriahkan karnival sehari semalam tersebut.

Leave a Reply