Karnival Makan Sihat, Hidup Sihat 2017

Karnival Makan Sihat, Hidup Sihat 2017https://www.facebook.com/events/734834340032527/?active_tab=discussion&__xt__=33.%7B%22logging_data%22%3A%7B%22profile_id%22%3A734834340032527%2C%22event_type%22%3A%22clicked_view_event_posts%22%2C%22impression_info%22%3A%22eyJmIjp7Iml0ZW1fY291bnQiOiIwIn19%22%2C%22surface%22%3A%22www_events_permalink%22%2C%22interacted_story_type%22%3A%221058178634193603%22%2C%22session_id%22%3A%222efad5c2ccedd9b10b5097e4646cc6f0%22%7D%7D
MP Bukit Mertajam, MPSP bekerjasama anjur Karnival Makan Sihat, Hidup Sihat

MP Bukit Mertajam, MPSP bekerjasama anjur Karnival Makan Sihat, Hidup Sihat

Karnival Makan Sihat, Hidup Sihat|舒食乐活嘉年华| Eat Healthy Live Healthy Carnival pada 23 Julai ini di Stadium MPSP Jalan Betik turut melancarkan kempen ‘Meatless Monday’ untuk mengalakkan orang ramai, tidak kira bangsa dan agama supaya mengurangkan makanan daging.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata pejabatnya saling bekerjasama Penang Green Council (PGC), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Idealite menganjurkan karnival tersebut.

Ada 50 gerai akan dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang di Bazar Hijau Sihat tersebut, menjual pelbagai jenis barangan untuk kesihatan, sabun buatan tangan, sayur-sayuran organik, beg buatan tangan, kuih muih buatan sendiri tanpa telur dan susu, barang hiasan ‘Do-It-Yourself’, seni lukisan kuku dan lain-lain lagi.

Malaysia No Meat Monday Association, PGC, JCI United Penang, Idealite dan My Shape dan Isabelle turut sertai sidang media promosi tersebut.

Selain Bazar Hijau, menurut Steven Sim, Pertandingan tukang masak hijau, Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, Zumba hijau, Kelas mengajar masakan hijau, Pertandingan pengetahuan am merupakan antara acara menarik dalam karnival itu.

 

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong menzahirkan rasa bangga mengenai tinjauan indeks kebahagian bandar EdgeProperty.com-Lafarge 2017, yang mendedahkan 77 peratus rakyat Pulau Pinang berkata mereka sangat gembira dan gembira tinggal di negeri ini, berbanding 61 peratus di Johor dan 39 peratus di Lembah Klang. “Pulau Pinang mempunyai tahap kebahagiaan tertinggi dan tahap tekanan yang terendah berbanding Lembah Klang dan Johor Bahru,” jelas Steven Sim.

Leave a Reply